Pure Heart
I am ME
I'm Eiyra a.k.a tuan comel taman nie !(perasaan kejap,bukan senang tahu :D)umur saya baru mencecah 18 , muda lagi kan!Saya study lagi , bukan di U tapi i'm still boleh dipanggil budak U sebap saya budak Pra-U,heehe. I'm stay kat Perak , 100% anak perak k! Saya budak yang simple, suka benda kecik-II yg comel-II macam saya jugak sebap saya memang kecik!Saya tak suka problem, tak suka benda yg menyusahkan,nak tahu lebih cek kat profile okey sayangs semua!

Doing: Still study tapi masih dibawah tanggung family sebap takda husband , haahaa
Feeling : sayang sangat kat family
Eating : cerewet sikit Saya nie ,jenis memilih tapi adore sangat kt coklat
Nick Name : Simply call Eiyra
Watching : LIke cerita lawak & romantis sikit laa
Listening to : Gila lagu Inggeris,Korea tak main tapi suka tengok drama


Assalamualaikum & Hi there!Welcome tomy little garden . Nothing special here ,just have a little sincerity to express the feelings in a corner of my soft heart, don't ruin my cute blog yeaf !Put your welcome address here. If you have time, please check my website : http://eiyranadira.blogspot.com/. See You There!




Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: ______

Music
Music Here!
► Ababila "Tsunami " melanda Di Kampar ◄
Friday, 13 April 2012 | 4/13/2012 09:03:00 pm | 0 comments
baru-II nie sibuk dengan gempa bumi di Acheh kan?? banyak yg telah memberi amaran bahawa tsunami kemungkinan akan berlaku .. tak terkecuali juga di Perak .. tapi ALHAMDULILAH .. amaran tersebut telah ditarik balik .. tapi tup-II dengar cerita semalam berlaku kejadian
" tsunami " di Kg Kuala Dipang,Kg Malaya Kg Baru, Kg Pasir disekitar Kampar ..


“Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik,” demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung.


http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/dipang12

Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55.


Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar.

“Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung.

Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.


klinik desa jeram

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan ramai di kalangan mangsa tidak dapat menyelamatkan harta-benda masing-masing dan kini tinggal sehelai sepinggang.

Selain itu, kesesakan lalu lintas turut berlaku sejauh kira-kira lima kilometer apabila penduduk meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan selepas halaman rumah mereka dinaiki air.

Sehingga jam 1 petang tadi, seramai 767 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SMK Kampar manakala 378 lagi berada di Dewan Pulau Bergading.


Daripada tujuh kampung yang terjejas teruk, Kampung Baru mencatat bilangan keluarga tertinggi dipindahkan iaitu 85, diikuti Kampung Pasir (60); Kampung Kuala Dipang (19); Kampung Nior (12), Kampung Batu 20 (10) dan Kampung Maya (4).

Ia membabitkan 536 orang dewasa dan 231 kanak-kanak.


Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry turut meluangkan masa melawat mangsa banjir kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum diberi taklimat terbaru berkaitan perkembangan banjir di kawasan itu.

Pada sidang medianya selepas lawatan itu, beliau berkata, kejadian hujan luar biasa menyebabkan paras air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan banjir di kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, beliau katanya, telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak segera untuk membaiki segera ban yang pecah kerana ia membabitkan soal nyawa dan keselamatan penduduk di situ.

“Saya berharap ketua-ketua jabatan dapat membuat keputusan bijak apabila berhadapan dengan situasi seperti ini dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN),” katanya.


sumber : peraktoday

sumber gambar : sedaka sejahtera





Old things | New things